Friday, November 28, 2008

Tiga Amalan Bawa Manfaat Terbesar

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.??

(Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah.

Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.Ini bermakna, segala amalan kebajikan untuk kepentingan awam yang dihalalkan dikira sedekah jariah.

Pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakukan amal itu.

Kedua, ilmu yang dapat dimanfaatkan - maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Quran dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan

dengannya.Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Ketiga, anak yang salih yang mendoakannya - maksudnya anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang salih dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya sesudah meninggal dunia.

Hadis ini memberi jaminan doa anak yang salih kepada orang tuanya diterima Allah.Di dalam syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini??Firman Allah bermaksud: Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.?? (Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Kesimpulannya, ketika masih hidup hendaklah kita sentiasa bersedekah dan membuat amal, khususnya pada perkara yang diberi ganjaran pahala berkekalan hingga ke hari akhirat.

Wednesday, February 01, 2006

MINTA BANTUAN


HULURKANLAH SIMPATI
Nama : Jamil Bin Baharum
No. K/p : 650219-04-5225
Alamat : Km23 , JA 5489, Jalan Kilang Berapi 5, Merlimau 77300, Melaka
No. Teefon : 016 6434027
Bilangan Anak : 4 orang
1)Fatin Aishah , 15 thn, SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob
2) Mohd Fahmi, 12 thn, SK Merlimau 2
3) Munirah 10 thn, SK Merlimau 2
4) Muazam 7 thn, SK Merlimau 2

Pekerjaan : Tukang Kebun
Pendapatan : RM500
Nama isteri : Firah Bte Abdul Majid
No k/p : 680207-04-5102
Bantuan : RM160 sebulan (dari Jab. Kebajikan Masyarakat)

Saudara Jamil adalah seorang aktivis PAS . Beliau banyak membantu kerja-kerja Islam. Walaupun semakin sibuk dan semakin mencabar akhir-akhir ini, beliau masih cuba meneruskan kerja-kerja yang mulia ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semenjak isteri beliau jatuh sakit, kerja Jamil semakin berat dan terbeban. Isteri beliau telah diserang penyakit yang mengakibatkan seluruh tubuhnya lumpuh, pertuturan tidak lancar dan kurang jelas. Sekarang ini tugas-tugas yang selama ini dikongsi bersama dengan isterinya terpaksa dipikul Jamil seorang. Membasuh, memasak dan menguruskan anak-anak yang sedang membesar dengan perbelanjaan harian yang semakin bertambah.
Dalam keadaan terkejar-kejar menjalankan tugas harian, sempat juga beliau menjengok isteri memandikan dan menyuap nasi sebelum menyambung kembali tugas hariannya sebagai tukang kebun.
Memang sebelum ini beliau bekerja keras menyara kehidupan keluarga beliau tetapi sekarang masa beliau agak terbatas kerana terpaksa memberi tumpuan kepada keluarga.
Pendapatan yang beliau perolehi tentu sekali agak menyempitkan. Dengan 4 orang anak yang sedang membesar dan memerlukan belanja persekolahan.
Bagi melahirkan rasa simpati kita kepada beliau sekeluarga, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan dan sama-samalah kita berdoa agar bantuan kita itu sedikit sebanyak memberikan kecerian kepada kehidupan mereka .

P/S – Hulurkanlah bantuan anda melalui akaun Maybank 154053359465 atas nama Jamil Bin Baharom No. k/p 650219045225